Nuffnang Ads

Sunday, 14 October 2012

Aku Terima Nikahnya

Hola semua! Korang semua dah tengok wayang "Aku Terima Nikahnya"? Kali ini aku nak cerita tentang filem ini yang aku baru tengok dua hari lepas kat GSC Pavilion,Kl. Itupun selepas mengharungi jem teruk selama 2 jam dan aku terlepas show pukul 8.40 malam. Last-last aku berjaya juga tengok show pukul 10.40 malam. So maknanya dua kali aku beli tiket online untuk tengok cerita ini! Nampak tak kesungguhan aku nak tengok sangat filem ini? Nampak tak? :)

Secara ringkasnya cerita ini mengisahkan tentang Johan, lakonan Adi Putra yang apabila sedar je dari koma akibat accident dapat tahu dia ada bini yang cun melecun sebijik muka cam Nora Danish walaupun dia tak pernah kawin! Pelikkan? Actually tak pelik sebab Johan lupa ingatan akibat accident itu, dia memang pernah kawin dan muka isterinya seiras macam Nora Danish sebab memang yang berlakon jadi isterinya adalah Nora Danish sendiri! Hehehe... :)


So cerita ini berkisar tentang bagaimana usaha Arlisa bini Johan lakonan Nora Danish untuk mengingatkan Johan yang dia adalah isterinya yang sah. Si Johan ini pulak mati-mati tak dapat menerima Arlisa sebagai isterinya sebab setahu dia masih bujang. Yang bestnya dia boleh pula suka kat kawan baik Arlisa iaitu Suriya lakonan pelakon yang aku sendiri tak berapa kenal.

Apa yang best tentang cerita ini?  Pertama aku suka lakonan Adi Putra dan Nora Danish.Ada keserasian atau bak kata omputih ada chemistry. Bagi peminat Adi Putra pasti makan hati tengok dia peluk baik Nora Danish dan bagi peminat Nora Danish pula mesti terbayang jadi Adi Putra dalam cerita itu,betul tak? Sebenarnya aku yang terbayang jadi Adi Putra hehehe....


Kedua jalan cerita yang tersusun dan mudah difahami membuatkan orang blur cam aku tak banyak tanya orang kat sebelah. Lakonan Nora Danish juga adalah merupakan antara terbaik setakat ini. Adi Putra pula aku tengok dah berlakon cam Shah Rukh Khan dan lakonanya memang boleh dipuji! Aku paling suka part time Johan purpose atau melamar Arlisa untuk jadi isterinya. Sweet!! Sekarang baru aku tahu salah satu lagi teknik melamar adalah menggunakan Ipad. Boleh try nanti ni.

Apa yang kurang best pulak adalah cerita ini macam tiru cerita omputih "The Vow". So disini aku rasa cerita ini hilang sikit keasliannya (since The Vow pun aku dah tengok gak). Ending cerita ini pula bagi aku tak berapa best sangat dan terlampau cliche. Aku tak nak ceritakan camne endingnya, kalau korang nak tahu pergilah ke pawagam berdekatan.


Secara kesimpulannya cerita ini aku bagi rating 3.5 bintang. Maksudnya kalau korang ada masa pergi tengok kat wayang. Bagi jejaka-jejaka yang nak bawa awek atau isteri anda semua disarankan bawa tisu extra sebab bagi mereka yang jiwa lembut gerenti akan menangis punyalah! Aku tahu sebab awek aku kat sebelah dari awal cerita sampai akhir cerita kerja menangis saja.

Sekian review aku untuk kali ini. Selepas ini aku akan terbang ke tanah arab. Mungkin ada cerita menarik untuk dikongsi disana? So pastikan korang semua terus baca blog aku! Ciao!


No comments:

Post a Comment