Nuffnang Ads

Wednesday, 3 October 2012

KakiTanganMata

Hola semua! Aku harap sesiapa yang terbaca blog aku ini akan terus membaca dan follow blog aku ni. Aku takde apa-apa pengalaman tulis blog. Tapi baru-baru ni aku ada pergi Malaysia Tourism Hunt & kat sana aku jumpa ramai blogger2 terkenal. Aku fikir since aku pun banyak juga travel, suka makan & banyak aktiviti untuk dikongsi why not aku share dengan korang semua. Betul tak? :)

Ok mula-mula aku nak cerita kenapa blog aku nama KAKITANGANMATA. Simple saja semua. Ia adalah gabungan tiga perkataan iaitu KAKI, TANGAN & MATA. KAKI sebab aku nak share kemana kaki aku melangkah pergi.Tapi aku tak cerita ler klau kaki aku masuk tandas ke atau pergi kedai 7-E depan rumah. Apa aku nak cerita adalah pengalaman ke tempat-tempat menarik yang kaki aku melangkah. Macam baru-baru ni pergi New Zealand. Kaki aku sampai bumi sana. Pengalaman seperti ke tempat-tempat menarik sana yang aku nak cerita. Tapi Aku tak cerita sekarang. Korang kena terus follow blog aku baru boleh tahu! 


TANGAN pula sebab banyak aktiviti yg boleh di buat dengan tangan. Contoh? Korang fikir sendiri tapi mostly aku nak cerita pasal aktiviti sukan yang memang mengunakan tangan & menjadi kegilaan aku sekarang. Dont worry nanti korang akan tahu juga tapi kalau tahu macam biasa kena terus baca blog aku! 

MATA. Aku nak share pengalaman dan tempat-tempat menarik yang aku lihat dengan biji mata aku sendiri. Apa-apa yang menarik untuk dikongsi atau yang aku nampak akan aku share dengan pembaca-pembaca aku yg setia.

Terima kasih sebab sudi baca blog and post pertama aku ini. Keep on following this blog and I'm sure u all will not regret it! Ok aku nak pergi tengok cerita Taken 2 yang baru keluar wayang. Nanti aku beritahu best ke tak, ok? Ciao! :)

4 comments:

  1. Everything starts with a DREAM & taking the 1ST STEP. Congrats

    ReplyDelete
  2. Thanks Shah! Hopefully dpt mengharungi semua dugaan dalam dunia blog ini! :)

    ReplyDelete