Nuffnang Ads

Friday, 5 October 2012

MATA-Taken 2

Aloha semua! Ada sihat ke? Sudah check Facebook, Twitter, Email? Ada satu lagi anda semua lupa buat tapi tengah buat iaitu baca blog aku! Anyway thanks sebab terus sudi baca blog aku.

Semalam aku baru tengok wayang Taken 2. A must watch movie bagi sesiapa yang dah menonton Taken (part 1). Kat sini, aku nak share dengan korang sedikit sebanyak tentang cerita ini dari pandangan MATA aku sendiri.


Taken adalah kisah mengenai seorang bekas perisik Bryan lakonan Liam Neeson telah pergi ke Paris untuk menyelamatkan anak gadisnya yang diculik semasa bercuti di sana dari menjadi mangsa sindiket pelacuran antarabangsa. So dalam proses nak selamatkan anaknya habis semua orang jahat dia bunuh. Dalam Taken 2 orang-orang jahat ini sudah marah lah and mahu balas dendam atas kematian rakan-rakan mereka. Semasa si Hero berada di Istanbul bercuti dengan ex-wife dan anaknya, penjahat-penjahat ini telah datang untuk menculik dan membunuh mereka sekeluarga. Maka berlaku aksi tembak menembak kejar mengejar berlatar belakangkan Istanbul. Berjaya kah mereka sekeluarga menyelamatkan diri dari penjahat-penjahat ini? Itu korang semua kena pergi tengok sendiri.


Best tak cerita ini? Bagi aku apa yang best tentang Taken 2 adalah korang semua dapat menyaksikan keindahan kota Istanbul. Tempat-tempat menarik seperti Blue Mosque, Dataran Taksim dan Grand Bazaar Istanbul berjaya diserlahkan. Lakonan Liam Neeson juga seperti biasa tidak mengecewakan dan aksi-aksi lasak juga banyak bagi mereka yang sukakan genre aksi. Part yang aku paling suka adalah ketika waktu hero diculik dan dimasukkan dalam van dan pada waktu itu juga dengan muka tertutup dia mampu untuk mengingati keadaan jalan-jalan yang dilaluinya semasa dia diculik. Bagi aku ini sangat penting sebab kalau kita berada di keadaan yang sama ianya dapat membantu kita dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan mengetahui lokasi kita dibawa penculik, betul tak? 

Apa yang tak best tentang cerita ini adalah aksi-aksi pergaduhan tidak sehebat Taken. Memang cerita ini banyak aksi tetapi cara pergaduhan tumbuk menumbuk macam biasa-biasa saja. Plot cerita juga terlalu ringkas dan tidak seteliti Taken. Aku rasa ini adalah sebab faktor Taken 2 mengunakan pengarah lain.Cerita ini juga memaparkan orang jahat sebagai beragama Islam dan ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang beragama Islam ketika menonton filem ini.

Berapa rating cerita ini?Kalau aku bagi rating 3 saja dari 5 bintang. Bagi yang sudah menonton Taken, teruskan menonton cerita ini tetapi jangan terlalu mengharap sangat. Bagi yang belum menonton kalau korang tengok queue nak beli tiket wayang panjang sangat tak payah buang masa sebab bagi aku cerita ini kalau tengok DVD pun dah bagus. Oh ya, kalau nak beli DVD tu pastikan beli DVD Taken sebab yang part 1 lagi bagus dari yang ini.

Selepas selesai menonton cerita Taken2 aku terserempak dengan sesuatu benda baru atau entertainment baru yang menarik untuk dikongsi bersama. Kalau korang nak tahu teruskan membaca post aku yang akan datang! 

Ciao!

3 comments:

  1. Waaah.. suspen Ito... Tak sabar nak baca n3 seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Thank you Mak Ucu for the support! Teruskan membaca blog Ito :)

    ReplyDelete
  3. I am One of your reader. Looking forward for more quality post from you! ;)

    ReplyDelete