Nuffnang Ads

Monday, 22 October 2012

Phonex Dactylifera

Phonex dactylifera? Pelik kan bunyinya. Korang tahu tak apa dia? Kalau korang nak tahu ianya adalah nama saintifik bagi buah kurma. Kenapa kali ini aku nak cakap pasal kurma? Sebabnya aku baru balik dari Jeddah, Arab Saudi. Sekarang ini musim haji dan antara souvenir yang selalu di bawa balik oleh haji hajjah terutamanya dari Madinah adalah buah kurma selain air zam-zam dari Tanah Suci Mekkah. Kurma adalah antara makanan kegemaran aku. Banyak khasiat yang boleh diperolehi dari kurma. Selain itu, kurma juga merupakan antara makanan kegemaran Rasullullah. Itu pasal aku suka makan kurma.

             

Kurma percaya atau tidak percaya, ada juga dalam 600 spesis. Banyak kan? Tapi aku tak nak terangkan pasal semua species kurma. Apa aku nak cerita kat korang tentang kurma-kurma yang bagi aku sedap dan boleh aku rekemenkan pada korang. So nanti bila korang pergi ke sana nanti atau mahu kirim kurma,korang tahu kurma apa yang sedap dan korang juga dah tahu lebih kurang harganya.

Ada tiga jenis kurma yang aku suka. Pertama kurma Mabroom sebab ianya murah. Di Jeddah kurma ini boleh didapati dengan harga serendah 12 Riyal iaitu lebih kurang RM10 ringgit sekilo bergantung pada grednya. Murahkan? Kalau korang nak kurma yang sedap dan murah aku cadangkan korang beli kurma ini.

Kedua aku suka kurma Ambar. Kurma Ambar boleh didapati dengan harga 40 riyal(RM34) sekilo juga bergantung pada saiz dan kualiti. Aku suka kurma ini sebab ianya besar dan kenyal. Makan dua tiga biji pasti dah boleh kenyang. Jadi memang berbaloi bagi mereka yang tak suka makan kurma banyak sangat.

Dan akhir sekali kurma yang paling aku suka adalah kurma Ajwa atau pun dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa ini kalau tak beli dan rasa memang tak lengkap! Kurma nabi ni, kalau bukan musim dia berbuah banyak harga boleh mencecah 100 riyal(RM84) sekilo! Mahalkan? Tapi memang sedap rasanya selain ianya lembut dan kurang manis. Tapi baru-baru ini aku bernasib baik sebab kurma Ajwa ini masih bermusim so dapat lah aku beli dengan harga 50riyal(RM42) sekilo di pasar Balad, Jeddah.


Selain kurma-kurma yang aku sebutkan tadi aku juga suka makan kurma Choco pearl. Kalau korang datang ke pasar Balad, Jeddah jangan lupa beli Choco pearl. Apa itu Choco Pearl? Choco pearl adalah kurma yang diselaputi cokelat. Sedapkan? Memang sedap dan kalau korang nak beli jangan lupa beli jenama Al-Ansar. Ada dua jenis iaitu satu dibaluti susu dan satu lagi dibaluti oleh cokelat biasa. Mana yang lebih sedap? Kalau nak tahu kena lah try dua-dua baru boleh tahu kan? Hehe..


So sesiapa yang ada saudara mara yang pergi menunaikan haji sekarang jangan lupa kirim kurma betul tak? Issshhh..!!! Tak betul tu!! Orang nak pergi buat ibadah haji korang suka-suka nak kirim kurma lak. Korang kena ingat diorang pergi beribadah. Bukan bercuti. Tapi andai kata mereka ada tanya nak kirim apa-apa tak baru korang tanpa segan silu leh minta kurma-kurma yang aku rekemenkan tadi hehehe..Aku yakin korang pasti suka dan tak rugi punya!

Sekian entri aku kali ini dan aku ingin ucapkan "ila-liqaa" maksudnya sehingga bertemu lagi. Ciao!

P/S : Entri ini dibuat ketika musim haji lepas dan di kongsi semula untuk bulan Ramadan kali ini. Harga kurma lebih mahal sedikit di bulan Ramadan kerana permintaan yang tinggi. 



No comments:

Post a Comment