Nuffnang Ads

Monday, 8 October 2012

X-rider

Hai semua! Kali ini seperti dijanjikan aku nak beritahu korang tentang entertainment baru yang aku cakap minggu lepas. Selepas aku menonton wayang Taken 2 tempoh hari aku terserempak dengan seorang pakcik yang tengah betulkan sesuatu dengan penuh tekun dan khusyuk. Ini yang buat aku menyibuk nak tahu ni!



Bila aku tengok aku tanya dia "Encik apa benda ini? Pakcik itu pun jawab nama benda ini adalah x-rider. Bunyi macam menarik kan? Dia tanya aku nak test naik tak? Aku cakap kena bayar tak? Dengan muka senyum pakcik itu cakap harga sebenar RM20 satu ride dik tapi hari ini uncle Chu bagi adik RM15 saja sorang. Aku pun tanpa lebih tawar menawar terus bayar sebab kalau korang nak tahu aku memang suka gila kalau naik ride atau roller coaster. So aku pun naik lah ride ini. Aku hanya naik ride yang 2 seater saje sebab yang four seater punya ride masih dalam maintanence. Setelah diberi cermin mata 3D aku pun terus menaiki x-rider. Korang semua boleh pilih  cerita apa yang korang nak daripada 4 jenis cerita yang ada dan aku pun telah memilih cerita hauted mines. Best ke tidak x-rider ini? Klau korang tanya pendapat aku x-rider ini memang berbaloi! Ianya merupakan simulator ride yang menggunakan teknik 4D! Korang boleh rasa efek-efek seperti tiupan angin,screen 3D dan juga pergerakan kerusi semuanya mengikut cerita yang korang pilih. 



Selepas aku menaiki x-rider mini aku meminta kebenaran dari Mr.Chu untuk mengambil gambar untuk blog aku. Apabila Mr.Chu tahu aku seorang blogger terus dia suruh staf-staf dia pakai baju rasmi and siap offer aku untuk menunjukkan x-rider yang four seater! Mr.Chu siap offer lagi klau aku nak naik free! Haih! Kalau aku bagi tahu aku blogger awal-awal, silap-silap tak payah bayar x-rider yang mula2 aku naik tadi! Hehehe...



Daripada apa yang aku lihat, x-rider four seater lagi best dan menarik! Lebih banyak cerita yang boleh dipilih serta korang juga boleh memilih tahap pergerakan ride sama ada mahu ala-ala ringan,sederhana atau ganas!  



Setelah puas berbual dengan Mr.Chu baru aku dapat tahu Mr.Chu adalah pemilik x-rider ini dan bukannya pekerja atau tukang jaga ride ini saja! Mr.Chu kata x-rider merupakan teknologi dari Korea Selatan dan pada mulanya digunakan untuk melatih tentera-tentera Korea dalam simulasi peperangan. Selepas itu baru ianya dikomersialkan dan dijadikan sebagai ride. Thats so cool! 

So korang semua pastikan menaiki x-rider yang terletak di tingkat 4 The Gardens Mall,Mid Valley,KL. Ianya terletak bersebelahan dengan Red Box karaoke and GSC Cinema Signature. Aku gerenti korang mesti suka punya lah! Ciao!




Jangan lupa click sini kalau nak diskaun dari Groupon!
http://m.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/x-rider/716618329?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_362&a=715827975

2 comments:

  1. Waaaah.. hebat, Ito. Bagi iklan berbayar ni! Nanti belanja ucu!!

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kalau ada rezeki lebih Ito belanja Mak Ucu! :)

    ReplyDelete