Nuffnang Ads

Wednesday, 14 November 2012

Istanbul Aku Datang

Jika korang semua peminat filem Gol & Gincu, KAMI, Pisau Cukur pasti tidak akan hampa dengan filem terbaru keluaran Red Films iaitu Istanbul Aku Datang (IAD). Filem terbaru arahan Bernard Chauly ini adalah antara filem yang aku sarankan korang tonton sesuai sebagai filem hiburan ringan untuk release tension.


Jalan cerita yang ringkas serta tidak terlalu berat merupakan antara kekuatan Istanbul Aku Datang. Dialog serta lakonan bersahaja pelakon-pelakonnya membuatkan IAD dipenuhi jenaka-jenaka ringan lagi menghiburkan. Aku juga suka dengan lagu-lagu yang diselitkan sepanjang filem ini. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Tomok, Aizat, Yuna, Shila Amzah dan Liyana Jasmay membuatkan setiap babak-babak dalam IAD lebih dirasai. Sesuai dengan tema filem ini yang romantik komedi dan berjiwa muda.

IAD mengisahkan tentang bagaimana Dian lakonan Lisa Surihani, yang datang ke Istanbul dalam usahanya untuk membuat boyfriendnya Azad lakonan Tomok melamarnya semasa 3 bulan dia di sana. Semasa di Istanbul Dian telah bertemu dengan Harris lakonan Beto Kusyairy. Siapa Harris ini? Ex-bf? Orang jahat? Siapa? Itu korang kena tengok sendiri. Tapi apa aku boleh bagitahu ialah segala kisah menarik dan lucu bermula dari pertemuan pertama Dian dan Harris.

Bagi aku filem ini kebanyakannya tertumpu pada watak Dian. Lisa Surihani aku lihat yang makin tembam dan cute berjaya menghidupkan watak Dian yang ceria, comel dan penuh emosi. Lakonan Tomok aku taknak komen banyak-banyak sebab aku kenal dengan bininya yang sekali berkerja di awan biru dengan aku. Kang salah komen mati aku kena! Hehehe.. Aku tak berapa familiar dengan pelakon Beto Khusairy tapi melihat lakonannya dalam IAD aku lihat tidak menghampakan. Beto yang banyak bermain dengan mimik muka dan emosi telah membuatkan watak Harris seronok ditonton.


Bila aku melihat filem ini aku teringat pengalaman aku di kota Istanbul. Hampir kesemua lokasi-lokasi dalam IAD seperti Haiga Sophia, Blue Mosque, Grand Bazaar serta Taksim Square telah aku lawati. Bagi aku Istanbul adalah antara kota yang indah lagi menarik untuk dilawati. Tapi berjaga-jaga ketika disana kerana di Istanbul ramai kaki penipu seperti di gambarkan dalam IAD. Apa-apa pun aku still rekemen korang pergi bercuti disana.


Apa yang kurang sedikit tentang filem ini ialah kadang kala ada babak-babak yang bagi aku di buat secara tergesa-gesa. Senang cerita ada jugak babak-babak yang aku tak puas tengok. Tapi secara keseluruhannya IAD tidak mempunyai banyak cacat cela dan sebab itu aku boleh layan sampai 2 kali! Banyak sangat filem cinta rempit dan kisah percintaan berat nangis-nangis dipawagam membuatkan IAD adalah filem cinta yang penuh kelainan. Hmmmm...kalau aku filem ini aku bagi 3.5 bintang. Tidak wajib ditonton tapi harus ditonton! Boleh pulak camtu! Hehehe... :)

Selepas ini aku pergi Perth. Mana tahu kat sana aku boleh buat cerita Perth Aku Datang? Tapi bunyinya cam tak komersilkan? Hmmmmm.... London Aku datang.......Paris Aku Datang....hmmmmm....apa aku melalut ini. Apa-apa pun keep on following my blog! Take care and ciao!




4 comments:

  1. I love this movie! Thank you for sharing. :)

    ReplyDelete
  2. It's been a while since I had the luxury of watching a movie at the cinema. Would love to support local productions.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sebelum Bombay Aku datang....Delhi Aku datang dulu!

      Delete