Nuffnang Ads

Wednesday, 14 November 2012

Marshal


Salam semua. Disini aku ingin mengucapkan salam Maal Hijrah pada semua yang beragama Islam. Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah permulaan bagi kelender Islam. Setiap permulaan tahun mesti korang ada azam baru. So apa azam korang? Salah satu azam aku adalah untuk memastikan blog aku dipenuhi dengan entri-entri yang berkualiti! Amin.

Baru-baru ini aku ada menjadi Marshal untuk Faboulas Food Hunt yang dianjurkan oleh New Strait Times. Bagi yang tak tahu, tugas Marshal adalah untuk memastikan segala perkara berjalan lancar seperti menjaga sesuatu tempat atau task bagi peserta. Selain tugas aku yang bekerja di awan biru aku juga menjadi part time Marshall bagi menambahkan side income. Oh! lupa aku juga bekerja sebagai part time blogger hehehe...

Bagi aku tugas sebagai Marshal ini memang best! Selain dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru, tugas sebagai Marshall juga mengajar kita untuk menjadi seorang yang berdisplin dan menbantu kita dari segi perkembangan minda dan otak. Lor! ayat aku dah macam iklan susu kanak-kanak pulak! 

Kalau korang nak tahu, antara punca aku tulis blog juga bermula dari pengalaman aku jadi Marshal. Dua bulan yang lepas semasa aku menjadi Marshal untuk Malaysia Tourism Hunt aku telah berkenalan dengan blogger-blogger yang terkenal since semua peserta terdiri daripada blogger dan media. So dari situ aku mendapat inspirasi untuk menjadi blogger. Seperti aku katakan selain menjaga peserta-peserta, Marshal juga dapat berkenalan dengan peserta-peserta yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Cool kan? :)


Kebiasaannya aku akan menjadi Marshal bagi event-event seperti treasure hunt dan explorace serta hari keluarga. Ada juga Marshal yang menjaga pertandingan sukan seperti bowling dan paintball. Tapi untuk menjadi Marshal bagi pertandingan sukan korang semua kena tahu rules and regulation sukan itu. Kalau tak korang gak yang susah dan akan menyusahkan orang, betul tak? :)

Macam baru-baru ini aku menjadi Marshal ketika Food Hunt. Aku kena menjaga task yang dilakukan di kedai nasi lemak RA yang terletak di kampung Baru. Kiranya pagi itu dari pagi sampai petang aku kena memastikan peserta-peserta yang datang kesitu menyempurnakan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Yang penting ketika jadi Marshal adalah kerjasama dan sikap tolong menolong sesama Marshall sendiri. So aku nak ucapkan terima kasih kepada team Marshal aku yang menjaga di kedai nasi lemak RA. You all did a wonderful job! 

So bagi sesiapa yang memerlukan side income boleh lah menjadi Marshal. Selain dapat duit tugas jadi Marshal ini memang seronok! Selalu juga dapat travel sana sini and meet new friends. Bulan depan kalau aku cuti aku akan menjadi Marshal bagi program yang dianjurkan oleh RTM. Wahhh!!! Ada can masuk TV ni! Boleh tumpang glamour jap kan hahahaha!!! :)


Hmmmm...entri apa pulak selepas ini aku nak tulis. Eco Dusun? Or Istanbul Aku Datang? Hmmmm....korang keep on baca blog aku baru korang tahu my next entri hehehe... Ciao!! :)



No comments:

Post a Comment