Nuffnang Ads

Friday, 2 November 2012

Skyfall


Hi semua. Apa khabar? Dah seminggu lebih aku tak tulis blog. Sorry sebab ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan sikit. Tapi jangan risau... Untuk dua tiga hari akan datang aku akan pastikan blog aku ini penuh dengan entri-entri menarik. So korang semua kena terus follow blog aku ok! 

Kali ini aku nak cerita tentang cerita James Bond terbaru "Skyfall" yang baru keluar wayang semalam. Punyalah penuh nak booking tapi nasib aku baik sebab dapat jugak beli tiket. Kesian kawan aku Rizal dan Din yang aku terserempak kat Summit. Kesian sebab apa? Kesian sebab pergi nak beli tiket Skyfall tapi dah habis. Itulah korang tak ajak aku kan tak pasal-pasal aku gak yang dapat tengok hehehehe.... Jangan marah ye bro! :)


Skyfall menceritakan tentang bagaimana...Eh! Aku malas nak cerita tentang plot atau sinopsis cerita ini. Kalau aku cerita sinopsis tak best sebab korang dah boleh agak macam mana ceritanya. Tapi kalau korang nak tahu gak boleh tengok kat wikipedia. Aku macam biasa nak cerita apa yang best dan tak best tentang cerita ini dari mata kasar aku. Nak bagi pendapat aku tentang cerita ini,boleh kan? :)

Banyak yang aku suka tentang Skyfall. Permulaan cerita yang rancak dengan aksi tembak-menembak, kejar-mengejar berlatarkan kota Istanbul telah membuatkan aku rasa tak sabar utk terus mengikuti babak-babak seterusnya. Selepas itu lagu tema Skyfall yang dimainkan ketika opening kredit filem juga sedap didengar membuatkan aku tertanya-tanya siapakah penyanyi nya. Selepas itu baru aku tahu yang menyanyikan lagu tema Skyfall adalah penyanyi yang terkenal dengan lagu "rolling in the deep" iaitu Adele. Patutlah lunak merdu!


Skyfall juga penuh dengan dialog-dialog yang tidak membosankan serta adakalanya dialog-dialog lucu membuatkan aku sangat terhibur. Aku juga enjoy dengan aksi-aksi pertarungan yang dipaparkan dalam Skyfall terutamanya babak pertarungan di Skyfall lodge, Scotland. Skyfall juga berjaya mempamerkan keindahan kota-kota seperti Istanbul, Shanghai, London dan Scotland. Tapi kalau korang biasa tengok cerita James Bond memang hampir kebanyakan cerita Bond tidak hanya berlatarkan satu lokasi sahaja. Dah keje Bond tu perisik memang patut dia banyak pergi sana sini kan?


Yang menarik lagi tentang Skyfall adalah watak Bond yang dibawakan oleh Daniel Craig memang tidak mengecewakan. Ini adalah cerita ketiga Craig sebagai Bond dan apa aku lihat memang ini adalah lakonan terbaik Craig sebagai 007. Lakonan Javier Bardem sebagai Raoul Silva iaitu watak antagonis utama cerita ini memang patut dikagumi. Aku suka part ketika mula-mula kemunculan Raoul. Dari jauh kita tak nampak siapa dia tetapi perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Bond sehingga baru kita lihat dan nampak wajah penjahat yang sebenar. Mungkin watak Raoul belum lagi setanding watak Joker dalam Dark Knight tetapi wataknya adalah antara watak antagonis yang terbaik dalam francis cerita Bond.


Apa aku tak suka tentang cerita ini? Hmmmm...let me see....actually takde apa yang aku tak suka! Jalan cerita yang ringkas mudah difahami, lakonan yang berkesan serta cara filem ini di shoot membuatkan Skyfall antara cerita Bond yang terbaik! Aku boleh bagi rating 4 dari 5 bintang untuk cerita Skyfall!

So apa tunggu lagi? Malam ini malam minggu, esok lusa cuti jadi cepat-cepatlah korang pergi ke pawagam berdekatan untuk menonton Skyfall. Bagi peminat Bond ini adalah filem wajib dan bagi yang tak pernah minat Bond apa salahnya korang try layan movie ini. Aku gerenti peminat filem aksi pasti tidak akan kecewa.

Oh! aku nak kena tidur awal sebab esok pagi aku nak kena jadi marshall. Marshall? Apa tuh? Kalau nak tahu jangan lupa terus follow blog aku! Hehehe... Ciao! :)




No comments:

Post a Comment