Nuffnang Ads

Tuesday, 27 November 2012

Twilight Breaking Dawn 2

Hi semua. Kali ini aku nak review tentang Twilight Saga Breaking Dawn Part 2. Filem ini merupakan filem kelima daripada siri saga Twilight dan merupakan adaptasi dari novel oleh Stephenie Meyer yang juga merupakan penerbit filem ini.


Kalau korang nak tahu aku ini bukannya layan sangat cerita-cerita remaja macam Twilight ini. Mula-mula aku teman saja adik-adik perempuan aku Sabrina and Dayana tengok cerita Twilight masa filem ini baru keluar. Last-last terlayan dan terjebak juga aku sampai filem terakhir Breaking Dawn Part 2 (BD2) ini. Cakap saja Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn 1 and 2 semua aku dah tengok kat wayang.


Bagi aku BD2 merupakann filem Twilight terbaik sebab akhirnya aku dapat juga menyaksikan aksi-aksi pertarungan vampire, werewolf dan yang sewaktu dengannya. It's about time mereka semua berlawan sebab dari mula filem Twilight sampai sekarang asyik-asyik penuh dengan babak percintaan dan percakapan tetapi kurang babak-babak aksi. Tapi aku tak kata Twilight ini boring sebab kadang-kala bila tengok cerita ini aku berangan juga jadi macam Edward Cullen. Jangan tanya kenapa aku berangan macam itu sebab aku sendiri tak tahu nak jawab! Hehehe... :)

Ok, berbalik pada BD2, aku suka cerita ini sebab ianya menyampaikan mesej bahawa setiap perkara boleh diselesaikan dengan cara aman dan tidak perlu mengunakan kekerasan. Hmmmmm...tadi aku kata filem ini penuh dengan aksi pertarungan tapi pastu aku cakap tidak perlu mengunakan kekerasan. Pelikkan? Bila korang tengok babak-babak terakhir filem ini baru korang tahu apa aku cakapkan ini. Ada surprise sikit. Surprise yang boleh buat orang benci atau suka especially pada mereka yang tak pernah baca novel Twilight. Banyak karakter-karakter baru yang muncul menyebabkan filem ini lebih seronok ditonton. Takdelah aku nak mengadap muka Bella, Edward and Jacob sahaja. Tidak lupa juga ahli keluarga Cullen yang lain. Aku juga suka ketika ending filem ini ketika kredit dimainkan dimana kita semua dapat mengimbau semula satu persatu watak dalam filem Twilight bermula dari watak-watak Twilight hingga watak-watak BD2. Babak pertarungan akhir filem antara Volturi dan geng-geng Cullen dilakukan dengan penuh berkesan sampai menyebabkan aku rasa tak puas dan ingin lagi. Kadang-kala aku rasa seperti aku melihat cerita X-men dan bukannya BD2 sebab tak sangka semua vampire ada super powers! Lagi menarik kesemua kebolehan super powers vampire-vampire ini berjaya ditonjolkan dengan berkesan seperti watak Benjamin yang boleh mengawal unsur alam semulajadi seperti air dan api, Kate yang boleh memberi renjatan elektrik serta Zefrina yang boleh mengaburi orang dengan ilusi khayalan. Hmmmm...am I doing a review of X-men or what!


Apa aku kurang suka tentang BD2 adalah special effects filem ini tidak seperti tahap yang aku harapkan. Filem dah untung juta-juta tapi special effectsnya kadang-kadang nampak terlalu grafik dan tak real. Lakonan yang diberikan oleh semua pelakon biasa-biasa sahaja. Takdelah hebat mana. Banyak yang kerja posing sana sini saja.

Aku dengan ini telah memberi rating 3 bintang sahaja dari 5 bintang. Bagi yang dah terlayan filem ini macam aku bolehlah pergi tengok di pawagam. Bagi yang tak pernah layan filem ini korang baik duduk rumah saja. Jangan terjebak macam aku!

Selepas ini aku nak layan satu lagi filem pontianak. Filem apa erk? Nanti aku bagitahu korang ok? So teruskan membaca blog aku. Ciao!


No comments:

Post a Comment