Nuffnang Ads

Wednesday, 5 December 2012

Life of Pi

Hi semua. Minggu ini banyak filem-filem menarik yang bermain di pawagam. Ada cerita Lagenda Budak Setan 2, cerita animasi Wreck-It Ralph serta filem hebat Life of Pi. Aku belum berkesempatan untuk menonton Lagenda Budak Setan tapi filem Wreck-It Ralph dan Life of Pi sudah aku tonton. Sambil itu sempat juga hujung minggu aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan pada team Harimau Malaya kita. Nanti kalau ada masa aku akan ceritakan pengalaman aku disana. Kali ini aku nak cerita tentang filem Life of Pi yang bagi aku adalah antara filem terbaik pernah aku tonton dan amat aku rekemenkan pada korang semua.

Ok mula-mula filem Life of Pi (Pi) tidak sama sekali termasuk dalam senarai cerita-cerita yang aku nak tengok minggu ini. Aku nak sangat tengok filem komedi Pontianak vs Orang Minyak yang bagi aku tidak seperti yang diharapkan. Kecewa juga aku dengan cerita ini sebab filem arahan Afdlin Shauki ini bagi aku merupakan filem yang paling kureeeng antara semua filem arahannya. Aku merupakan antara pengemar karya Afdlin tetapi filem terbarunya ini biasa-biasa saja dan tidak membuatkan aku gelak sampai pecah perut.


Bila aku tengok poster Pi yang ada seorang remaja dengan harimau atas kapal aku dah rasa boring. Ini cerita apa ni? Seriously memang aku tak tertarik langsung. Tapi bila aku terbaca review dari penulis Star paper yang mengatakan filem ini best dan wajib di tonton, aku terfikir "betul ker minah ni cakap cerita ini best?" "Ker saja nak promote cerita ini?" So aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri sama ada filem ini best atau tidak.


Filem Life of Pi ( sebutan Pie macam makanan apple pie tu) merupakan sebuah filem arahan pengarah terkenal Ang Lee yang memenangi Oscar Academy Awards untuk pengarah terbaik bagi filem Crounching Tiger, Hidden Dragon dan Brokeback Mountain. Filem ini juga diadaptasikan dari karya novel terkenal penulis Yann Martel. Novel yang diterbitkan pada tahun 2001 ini amat laris dan terkenal sehingga President Amerika sekarang Barrack Obama sendiri menulis surat pada Yann dan antara isi kandungannya mengatakan " an elegant proof of god and the power of storytelling " hebat kan? :)


Pi mengisahkan tentang kisah Pi Patel yang menceritakan kepada seorang penulis mengenai pengalaman hidupnya di masa muda. Antara pengalamannya adalah kisah Pi bersama seekor harimau Bengal bernama Richard Parker yang berada di atas bot ditengah-tengah lautan pasifik. Hmmmm... Bunyi cam pelik dan tak masuk akal kan? Macam mana pulak Pi boleh berada di sana bersama harimau tersebut? Itu semua korang kena tengok sendiri baru best, betul tak? :)


Apa yang aku suka tentang filem ini adalah visual, grafik dan CGI (Computer Generated Imagery) yang dipamerkan dalam filem ini amat mengagumkan. Apa yang membuatkan aku lebih kagum apabila mengetahui kebanyakan CGI yang dibuat dalam filem ini dilakukan oleh syarikat dari Malaysia iaitu Rhythm and Hues. Tak sangka anak-anak Malaysia boleh menghasilkan mutu CGI yang hebat! Aku sarankan korang menonton Pi dalam 3D untuk mendapat kesan yang lebih mempesonakan.


Jalan cerita Pi juga diolah dengan sangat baik melalui teknik penceritaan membuatkan aku tak berasa bosan. Pi juga sarat dengan unsur-unsur kemanusiaan dan nilai-nilai moral yang berjaya disampaikan melalui element mesej dan teladan. Contohnya ketika babak bapa Pi yang menasihati Pi ketika tangan Pi hampir-hampir dibaham oleh Richard Parker ketika Pi curi-curi memberi makan. Bapa Pi tidak memukul Pi tetapi sebaliknya memberi seekor kambing kepada Richard Parker dan ingin Pi menyaksikan sendiri betapa ganasnya seekor harimau. Seperti kata bapa Pi "You think tiger is your friend, he is an animal, not a playmate". Filem Pi juga mengajar kita teknik-teknik untuk survive di lautan bergelora walaupun nampak seperti sudah tidak ada harapan lagi untuk selamat. Kalau aku jangan kata atas bot, nak dekat dengan harimau kat zoo pun takut! Tapi lain la kalau Harimau Malaya betul tak? Hehehehe...

Aku menjangkakan filem ini kalau tak menang Oscar pasti merupakan antara filem yang dicalonkan untuk anugerah Academy nanti. Ramai yang membaca novel Life of Pi mengatakan novel ini adalah amat sukar atau hampir mustahil untuk diterjemahkan ke layar perak tetapi Ang Lee berjaya melakukannya dengan penuh berkesan. Aku rate filem ini 4 dari 5 bintang. So bagi yang belum menonton dan mahukan filem yang penuh kelainan aku sarankan korang cepat-cepat pergi menonton filem Life of Pi. Aku yakin korang akan melalui satu pengalaman baru dalam dunia perfileman. So enjoy dan sehingga bertemu lagi! Ciao!








4 comments:

  1. I love it too.. Should watch The tower.. Pretty awesome.. Chck it out ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Sorry, not the tower, but the impossible..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the suggestion. Will try to watch the Impossible n the Tower :)

    ReplyDelete