Nuffnang Ads

Sunday, 23 December 2012

Uni Challenge 1957


Hola! Setelah aku balik dari Auckland terus saja keesokan paginya aku bertolak ke Pantai Remis, Jeram untuk menyertai rakan-rakan marshal ku yang lain bagi aktiviti Uni Challenge 1957. Uni Challenge 1957 merupakan satu program realiti t.v yang bakal ditayangkan di stesen tv RTM dan disertai oleh pelajar-pelajar dan lecturer dari universiti-universiti tempatan.


Program ini dihoskan oleh pelakon dan pengacara remaja iaitu Erin Malek. Bagi aku Erin Malek merupakan artis yang berdisplin, tidak sombong dan mudah didekati dan cute juga orangnya. Walaupun banyak kontrovesi tentang personal life dia tapi bagi aku Erin Malek merupakan artis yang berbakat dan tidak memberi masalah di lokasi set. Wah! Macam aku pulak tuan director! Siap bagi statement! Hehehe... :)


Walaupun aku hanya sempat menyertai program ini pada 2 hari terakhir dari 6 hari pengambaran  namun terdapat banyak pengalaman menarik untuk dikongsi bersama. Setelah sampai ke Pantai Remis peserta-peserta baru sahaja selesai menyempurnakan tugasan mengutip kerang. Aku kemudian bertolak ke Bukit Malawati, Kuala Selangor bagi aktiviti berikutnya Photo Hunt dan Scavanger Hunt iaitu aktiviti mencari harta karun. Hmmmm... harta karun siapa? Dimana? Hmmmm.... (still thinking)


Next destination is Homestay Kampung Sungai Sireh. Setelah selesai menikmati makan tengahari para peserta-peserta, marshal serta krew-krew produksi telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku bersama 20 marshal dan krew produksi lelaki telah menginap di rumah keluarga angkat Mak Fauziah manakala marshal perempuan yang lain menginap di rumah Papa Rock. Kat Kampung Sireh ini penduduk-penduduknya amat  friendly dan aku merasa layanan yang diberikan oleh keluarga angkat aku sungguh selesa seperti seolah-olah berada di rumah sendiri. Bagi yang ingin merasai pengalaman hidup di kampung, Homestay Sungai Sireh merupakan satu tempat yang aku rekemenkan sangat!


Petang itu juga peserta-peserta telah diberikan aktiviti memasak rendang ayam mengikut resepi yang diberikan. Agak menarik apabila melihat gelagat pelajar-pelajar universiti apabila memasak. Macam-macam stail dan gaya yang keluar. Kalah program Masterchef! 


Setelah selesai tugasan memasak, peserta-peserta diberikan tugasan seterusnya iaitu membuat layang-layang. Sambil peserta membuat layang-layang aku pulak sempat memancing ikan keli di sawah bendang. Aku pancing seekor ikan pun tak kena! Ikan dalam gambar yang aku tangkap tu bukan aku tangkap sebenarnya. Itu ikan yang ditangkap oleh budak-budak kecik kampung tu. Aku posing saje daaaa.....!!! :)


Keesokan harinya adalah grand final. Aku sebagai marshal telah diberi tugas untuk menjaga task membanting padi dan membuat scarecrow (orang-orang). Baru aku tahu macam mana susahnya membanting padi di tengahari terik. Kalau ketiak tak berpeluh memang tak sah! Sebenarnya lega juga aku dapat tugas menjaga aktiviti ini sebab diantara tugas lain ada juga marshal yang kena jaga belut. Aku kalau mahluk-mahluk yang badannya licin memang aku geli. Diulangi geli! Bukan takut k!!!


Habis saja tugas aku terus membantu marshal-marshal lain di lokasi-lokasi berasingan. Antara aktiviti lain adalah peserta-peserta dikehendaki melakukan task musang berjanggut. Musang berjanggut? aktiviti apa ini? kena tangkap musang ada janggut ker atau kena tangkap musang dengan janggut? Ingat tak korang pada filem musang berjanggut lakonan arwahyarham Tan Sri P.Ramlee di mana P.Ramlee meminta Seniwati Saadiah untuk mengasingkan bahan-bahan yang dicampur adukkan dalam satu bekas seperti garam, nasi, rempah ratus dan sebagainya? Hah! Itulah yang peserta-peserta perlu lakukan! Cuma bezanya bahan-bahannya digantikan dengan pelbagai jenis kacang. Senangkan?  Korang try buat sendiri baru korang tahu macam mana seksanya! 


Setelah menamatkan final race yang mengambil masa selama hampir 4 jam, maka tibalah acara menobatkan pemenang Uni Challenge 1957. Nak tahu sapa pemenang? Itu aku tak boleh bagitahu since program ini belum keudara lagi. Gambar-gambar pemenang pun aku tak tunjukkan. Korang kenalah tengok sendiri di kaca tv apabila ianya disiarkan. Baru menarik, kan?

Ok selepas habis Uni Challenge tanpa membuang masa aku telah menyertai The Sun MotorHunt. So selalu aku jadi marshal kali ini aku jadi peserta pula. Dah lama gila aku tak menyertai treasure hunt. Mau dah berkarat otak ini! Kalau berkesempatan aku akan bagitau korang semua pengalaman aku menyertai program itu nanti. Ok guys, keep on following me! Meow! Eh! Silap! Ciao! :)



9 comments:

  1. terbaekkk lah yang lelaki pegang ular kuning tu! haha

    ReplyDelete
  2. untung la amek gambar dengan retis.hehe.im from upm too.cait.nak mention jugak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis yang untung tangkap gambar dengan budak UPM! Kan? :)

      Delete