Nuffnang Ads

Saturday, 12 January 2013

Jalan-jalan BAWA makan

Hari ini merupakan hari pertama aku meninggalkan KL selama 10 hari. Biasanya trip panjang-panjang camni aku akan membawa bekalan makanan yang mencukupi bagi mengisi perut aku yang sentiasa lapar ni. Makanan-makanan ini penting especially ketika aku malas nak keluar dari bilik.

Baiklah. Diantara makanan-makanan yang aku bawa adalah.....


Mee segera. Aku selalu makan Maggi kari jer tapi entah kenapa kali ini aku rasa nak try mee segera lain lak. Yang Mamee Chef perisa tom yam tu nampak cam sedap. Sepatutnya sedaplah sebab chef yang masak kan? Tak sedap siap kau chef! Chef mana aku pun tak taw! 


Makanan bertin sponsor dari Ayam Brand. Bukan Ayam Brand yang sponsor actually bapak aku daaaa....Aku suka sebab senang nak makan untuk orang yang malas cam aku. Hanya tengok, buka dan telan. 


Health supplement. Ini pun penting gak. Since aku banyak makan makanan tak berkhasiat dan kurang vitamin serta zat besi untuk trip ini, supplement-supplement ini adalah wajib. Semua supplement produk Himalaya tetapi aku yang sponsor diri sendiri, boleh gitu?

Dan makanan-makanan lain....


Adalah instant sup, roti dan biskut. Kalau aku `rajin` sedikit baru aku masak pasta atau spaghetti. Pringles tu pulak aku dah makan sejak dari baby lagi so memang tak sah kalau tak makan sambil tengok tv. Bubur nasi Knoxx awek aku punya mak yang bagi dan rekemen kata sedap. Thank you Auntie Ros! :)


Tadi sapa suruh gatal sangat nak keluarkan semua barang-barang dari beg? Kan dah struggle nak isi balik! Padan muka sendiri! Hohohoho....

Jadi makanan apa yang korang selalu bawa ketika trip jauh-jauh? Sila share dengan aku. Atau dalam erti kata lain komen lah kat bawah ya. Ciao! :)

22 comments:

  1. pergh byknya. nk p mane ni? cam lame sgt je?
    biase akak pi trip bwk diri je..hahah.. mls nk bwk brg2 mkann melainkn p obersea. tp obersea pon lom sampai. cane? kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Pen Merah komen kat sini. Terharu saya! Trip 10 hari pergi Narita dan Los Angeles. Macam kata Beto Khusyairi dalam Istanbul Aku Datang...`Maggi Asam laksa hanya boleh dapat kat Malaysia` Tu yang bawa byk stok! :)

      Delete
  2. :) 1 beg khas utk makanan je... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu beg pergi untuk makanan balik penuh pulak dengan barang shopping! :)

      Delete
  3. Dtg sini melawat balik,dan follow sini

    ReplyDelete
  4. salam :)

    banyaknyer bawak bekalan mknan...pergi ke mana ni?

    ReplyDelete
  5. Banyaknya..so different dgn i bila on long trip ..malas nak bawak makanan..normally pergi beg kosong balik dah penuh..anyway enjot the trip!!!

    ReplyDelete
  6. woww, packing barang ni, nak pergi mana? :O Jelesnya I! confirm lah maggie bro. makanan ruji when travel kot. ewah!

    BW here!

    ReplyDelete
  7. Siap ada makanan tambahan lagi...cayalah bro!!

    ReplyDelete