Nuffnang Ads

Sunday, 31 March 2013

G.I Joe Retaliation Versus Olympus Has Fallen


Hola. Kali ini aku nak buat review filem 2 dalam satu pulak. Aku nak buat perbandingan antara 2 filem yang sama genre. Sekurang-kurangnya kali ini boleh aku bagi alternatif pada korang filem mana yang harus ditonton, tak gitu? :)

Filem yang aku nak review kali ini adalah filem Olympus Has Fallen dan G.I. Joe Retaliation. Mana yang best? Hmmmm.... Baca lah review aku kali ini baru taw mana yang best!

Olympus Has Fallen



Pasal apa filem ini ? Filem yang mengisahkan bagaimana Rumah Putih aka White House yang telah diserang oleh pengganas. Jadi ketika keadaan huru hara di dalam White House secara kebetulan bekas pengawal peribadi President Amerika Mike Banning ( Gerard Butler ) merupakan satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan keadaan.


Apa yang best ? Hero filem yang macho. Gerard Butler merupakan salah seorang hero yang terkenal kerana kemachoaannya. Tak percaya tengok lah filem 300. Selain itu filem ini penuh aksi dari mula sampai akhir filem. Penuh tembak menembak sana sini serta aksi-aksi keganasan. Patut lah klasifikasi 18 filem ini.

Apa yang kureng ? Terlampau klise filem aksi Amerika. Seorang hero ala-ala Rambo yang boleh bunuh semua orang. Orang jahat tembak dia tak kena-kena. Terlampau Pro Amerika.

Kita tengok G.I Joe Retaliation lak



Pasal apa filem ini ? G.I Joe telah dituduh sebagai pembelot oleh kerajaan Amerika akibat dianiayai oleh team penjahat Cobra. Berjayakah  team G.I Joe mengembalikan maruah dan menyekat rancangan jahat Cobra? Macam biasa aku akan cakap itu kena tengok sendiri baru best, kan? :)


Apa yang best ? Special effects yang cun melecun. Mungkin sebab aku tengok IMAX 3D kot. Aksi all the way. Takde peluang nak emo-emo gitu. Dwayne Johnson aka The Rock yang berlakon sebagai watak Roadblock sesuai sebagai watak hero utama. Penuh kharisma. Selain itu filem ini ada heroin yang cun, seksi dan lasak iaitu Lady Jaye lakonan Adrianne_Palicki. Aku paling suka babak pertarungan di atas gunung oleh Snake Eyes ( Ray Park ) dan Jinx ( Elodie Yung ) dengan ninja-ninja jahat. Bagi aku babak pertarungan ini lain dari lain dari pertarungan biasa serta  mempunyai permandangan gunung yang cantik.

Apa yang kureng ? Hmmmmm.....patut ke aku bagitahu.....hmmmmm.....Channing Tatum sebagai Duke kejap sangat berlakon. So peminat-peminat wanita dan lelaki kalau ada akan frust!

Mari kita layan aksi pertarungan antara Hero Olmpus Has Fallen dengan Team G.I Joe

Budok! Kau jangan percaya kat team G.I Joe lagi! Mereka pembelot! Pembelot k!
Nampaknya kita dah dituduh pembelot. Kita kena buat budak-budak percaya kat kita balik.
Dengar cite team G.I Joe ada awek cun melecun. So aku nak kau tengok cun ke tidak?
Well....amacam? Hot ker tidak saya ni U alls?
Duke : Pergggghhhh!!!! Cun Si..! Patut lah aku punya watak dimatikan awal! Pergghhhh!!
Roadblock : Actually kau kena tendang bukan pasal awek tu tapi sebab tuan director tak mampu bayar gaji mahal kau!

Nampaknya Team G.I Joe tengah cari aku. Lebih aku menyamar baru diaorang tak tahu!
Roadblock : Snake Eyes! Kau ker yang menyamar?
Snake Eyes : Bukan aku! Tapi aku tahu dia sedang bersembunyi di Gunung Jerai sekarang.Biar aku cari dia!

Snake Eyes : Mari kita bertarung! Aku tahu kau bersembunyi di sebalik baju merah ninja itu!
Ninja Merah : Aku tak tahu apa kau merepek! Baik kita lawan saja!

Hohohoho...Sia-sia Snake Eye bertarung di puncak gunung. Aku bukannya jadi menyamar pun.
Menyamar tak menyamar aku dah dapat kesan kau. Terimalah tembakan Mesingan tahap 80 petala langit  aku! Hohaah!!!

Mak aiiii!!! Terpelanting kita semua kena tembak! Dahsyat gila senjata dia si..!

Ok! Ok! Aku surrender! G.I Joe terbaik! Bukan pembelot! Aku saja buat cite sebab nak bebudak suka aku. Itu jer!

Team! Kita dah menang! Jom balik rumah makan mee kolok!

So mana yang best ?

Nampaknya sekuat-kuat hero solo Olympus Has Fallen, akhirnya tewas juga di tangan sekumpulan askar-askar G.I Joe. Bagi aku filem Olympus Has Fallen bagus tapi G.I Joe lagi penuh aksi serta effects-effects yang memukau serta skrip yang lebih baik dan ada sedikit unsur humor. Rating? Olympus Has Fallen 3.5 dan G.I Joe Retaliation aku bagi 4 dari 5 bintang!

So sehingga bertemu lagi and Ciaohoooohaaaaaa!!!! :)



19 comments:

  1. emm G I Joe banyak dah tukar pelakon, and watak Duke dimatikan..tak best btol

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi G.I Joe.. semua org cakap best.. nanti nak layan 3 D la..

    ReplyDelete
  3. G.I. Joe macam best.... G.I Joe, hmm macam nama saya jer...haha perasan! nak tengok weekend ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nama sama bro Joe. Tengok jangan tak tengok! :)

      Delete
  4. ramai gila org cakap G.I joe best !! tapi bella tak tengok lagi . mihmih . akanku terjah nanti ! XD

    ReplyDelete
  5. cik siti mmg trcari cari cita apa yg best kt panggung skrg...hehhe.thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Memang niat nak kongsi semua Filem terbaik di pawagam :)

      Delete
  6. Gi joe terbaik!! suka cerita nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaik bro. Tak sabar nak tengok IronMen 3 pulak :)

      Delete
  7. Replies
    1. Dua - dua pun best especially kalau suka Filem aksi :)

      Delete
  8. GI Joe mmg best citer die. tngok kt pwagam lgi syioookk! mmg effect2 nye the best! :) kalau tngok 3D msti lagi syioookkk kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok 3D IMAX lagi best. Berbaloi! :)

      Delete
  9. nak tengok tapi..camne nak masuk panggung dengan budak bawah umur 2 orang tu..huhu..anyway balas kunjungan disini ;D salam kenal

    ReplyDelete
  10. wahahaha.."Menyamar tak menyamar aku dah dapat kesan kau. Terimalah tembakan Mesingan tahap 80 petala langit aku! Hohaah!!!"..PETALA LANGIT..ke-CLASSIC-kannya 80.01 Petala Langit!

    ReplyDelete
  11. G.I Joe best. First time tengok. Memang dah jatuh hati gila2. HEHE :P

    ReplyDelete