Nuffnang Ads

Monday, 15 April 2013

Filem Langgar yang kena langgar!

Hola! Kali ini aku nak cerita pasal filem LANGGAR yang baru aku tengok semalam. Aku tertarik untuk menonton filem ini sebab barisan pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem ini. Ada Adi Putra, Khir Rahman, Hans Isaac, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Bell Ngasri Perghhhh!!! Memang hebat-hebat semua! Lagi menarik filem LANGGAR merupakan karya sulung pengarah muda iaitu Sein Ruffedge. Itu yang buat aku tak sabar nak tengok!


Tapi sayang seribu kali sayang filem ini tidak sehebat barisan pelakon yang ada. Skrip yang kureng, kadang-kala tak kena tempat serta jalan cerita yang lemah. Aksi pertarungan memang banyak tapi bagi aku sebenarnya hanya aksi pukul memukul sana sini tanpa babak pertarungan yang menarik. Elemen gangsterism yang terdapat dalam filem ini juga nampak tak natural dan tidak sangat menjadi.

Jimi : Camne ni brader? Berani dia kata filem kita kureng? Kurang asam ni!
Radzi : Kau jangan risau bro....nanti wa suruh Si Mail kasi parking sama itu budak!
Filem ini bagi aku hanya berjaya diselamatkan sikit oleh lakonan hebat pelakon-pelakon utama terutamanya Khir Rahman sebagai Mail Parking dan Namron sebagai Radzi. Tidak lupa juga lakonan kelakar dan bersahaja oleh Bell Ngasri sebagai Khairul. Walaupun bagi aku karya pertama Sein Ruffedge sebagai pengarah filem ini nampak seperti ada cacat celanya tetapi aku amat kagum kerana Sein berjaya mengarah pelakon-pelakon hebat yang jauh berpengalaman darinya. Aku yakin jika diberi peluang lagi Sein akan menjadi salah seorang pengarah muda yang berjaya.

Khairul : Apa-apa pun awek-awek sini semua cun sempoi layanzzz....
Filem LANGGAR menceritakan tentang Nizam ( Adi Putra ) yang ingin menuntut bela atas kematian isteri dan anak dalam kandungan. Nizam akhirnya telah menyertai kumpulan kongsi gelap yang diketuai Radzi dalam usahanya untuk mengesan dalang dalam pembunuhan isterinya. Berjayakah Nizam dalam usahanya untuk mencari pembunuh isterinya? Sekaligus kasi 'langgar' semua orang? JOM kita langgar itu pawagam untuk tahu kesudahannya :)

Nizam : Ewah-ewah Khairul...syoknya kau duduk dekat aweks-aweks sana. Mai tolong aku jap!
Amanda : Tak payah nak mai tolong....bawak jer I gi Spital U.
Tak banyak bintang yang boleh aku bagi untuk filem ini. Aku hanya mampu nak bagi 2 dari 5 bintang. Sayang sekali dengan pelakon-pelakon hebat yang ada filem LANGGAR ini memang betul-betul kena 'Langgaqqq!!!' . Cewah!! Loghat Kedah lak yang keluaq!! Camna ni? Hehehehe.... 

Mail Parking : Lu brader...berani lu bagi 2 bintang jer? Memang nak kena parking  special edition ngan aku nih!
Halamakkk!!...sebelum aku kena 'langgar' dengan sesiapa yang tak setuju dengan review aku atau kena 'parking' dengan Si Mail Parking, baik aku Ciaaaaooooooo!!!!! :)


P/s : Terima kasih Google atas image dan Youtube atas video. Tanpa mereka susahlah untuk kita semua berkarya ya tidak? 

12 comments:

  1. kalu cite gangster..gangster korea kot lagi gangster..maybe sbb bru tgk Man From Nowhere (Ajussi) and Dirty Carnival..kui3..yeke x best..nnt try tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tengok Filem gangster Korea. Akan cuba tonton satu hari nanti :)

      Delete
  2. hahha kakk sya ckp pon tk best :) btw good job untk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kurang best tapi satu percubaan yang baik dari Pengarah :)

      Delete
  3. Lor, tak sangka. tgk trailer memang mendidih darah ni nak p tgk. lepas baca review ni kira terus sejuk darah ni rasa. tak jadi la support filem tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah untuk terus support Filem tempatan tapi Filem tempatan pun kena berani terima kritikan dan terus berkualiti untuk tontonan peminat-peminat macam kita :)

      Delete
  4. setuju !! dah tengok da cerita ni masa minggu lepas kalau tak silap... owh.. memang entah hape2 jek la.. yang ada dialog tak kena tempat. kononnye nk buat lawak ah, tapi hampeh ! .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dialog memang banyak tak kena. Masih banyak yang boleh diperbaiki :)

      Delete
  5. hehehe
    tak rasa nak tengok

    ReplyDelete
  6. woooo adi putra.. ex kite..hahaha

    ReplyDelete