Nuffnang Ads

Sunday, 26 May 2013

Fast & Furious 6.


Hola! Kali ini aku nak cerita tentang filem Fast & Furious 6 ( F6 ) yang aku tengok baru-baru ini. Filem F6 ini memang antara filem yang aku tunggu sangat nak tonton tahun ini. Bila aku tengok trailer F6 yang sangat menarik beberapa bulan yang lepas itu yang buat aku lagi tak sabar nak tengok.

Salah seorang ahli baru dalam Fast and Furious 6. Tu dia yang baju hitam dok kanan sekali :)
Bagi aku, filem F6 merupakan filem aksi yang hebat serta menarik untuk ditonton terutamanya bagi peminat filem aksi dan filem-filem Fast & Furious terdahulu. F6 masih padat dengan aksi kejar mengejar kereta-kereta sport yang menjadi trademark untuk franchise filem ini. Tidak lupa juga gadis-gadis litar seksi yang bakal membuat penonton-penonton kaum Adam terbeliak biji mata sambil telan air liur manakala kaum Hawa akan terbeliak juga biji mata dan menyembur-nyembur air liur kat pasangan Adamnya kerana reaksi mereka.


Kehadiran pelakon-pelakon asal Fast & Furious bertaraf superstar seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson @ The Rock serta kemunculan semula Michelle Rodriguez membuatkan F6 berjaya mengekalkan identitinya tersendiri. Tidak lupa juga skrip-skrip yang mencuit hati dari watak Tej ParkerLudacris ) dan Roman ( Tyrese Gibson ) membuatkan F6 ada moment-moment kelakarnya. 

Tej Parker: You've gone from Shaggy to Scooby. This is something we don't doooo ( Skrip dari filem )
Apa yang aku suka tentang filem F6 ini ialah ianya penuh dengan banyak kejutan-kejutan yang tidak disangka-sangka terutamanya di akhir filem yang menyaksikan kemunculan 'seseorang' yang bakal mengegarkan filem Fast & Furious yang akan datang. Mula-mula aku ingat orang lain yang akan muncul tapi tak sangka 'dia' yang muncul pula. Ini yang buat aku tak sabar nak tengok filem Fast & Furious yang akan datang nanti.

Siapakah diantara mereka diatas bakal muncul dalam Fast & Furious akan datang? Memang tak sabar tonton sequelnya! 
Aku juga suka opening credit filem ini yang memaparkan balik sedutan-sedutan dari filem-filem Fast & Furious terdahulu. Secara tak langsung ianya berjaya menaikan mood filem ini dan mengingatkan kita kembali kepada perjalanan hidup watak utama iaitu Dominic 'Dom' Toretto ( Vin Diesel ) dan Brian O'Connor ( Paul Walker ).

Dari filem The Fast and The Furious sampailah pada filem Fast and Furious 6, semuanya pelakon-pelakon hebat belaka!
F6 menceritakan tentang Agent Hobbs ( The Rock ) yang telah meminta bantuan Dom dan rakan-rakanya untuk menjejak dan membanteras sebuah organisasi yang terdiri daripada pemandu-pemandu kereta yang hebat tetapi kejam dan ganas yang telah mencuri barang-barang milik kerajaan yang berharga dari seluruh pelusuk benua. Ketua organisasi ini adalah bekas Special Air Service Soldier Owen Shaw yang berjaya dilakonkan dengan berkesan oleh Luke EvansDom yang pada mulanya tidak berminat untuk membantu Hobbs akhirnya akur juga, setelah mengetahui salah seorang ahli penjahat yang terlibat seiras dengan wajah Letty ( Michelle Rodriguez ), bekas teman wanitanya yang disangka sudah mati. Berjayakah mereka membanteras organisasi tersebut dan adakah Letty benar-benar masih hidup atau pelanduk dua serupa? Itu korang kena tengok sendiri baru best, kan? :)

Dom: You've got the best crew in the world standing right in front of you, give them a reason to stay ( Skrip dari filem )
Dari segi aksi pertarungan, F6 penuh dengan babak-babak pertarungan yang menarik seperti babak satu lawan satu wanita antara Michelle Rodriguez dan jaguh mixed martial art Gina Carano yang berlakon sebagai Agent Riley. Selalu sangat tengok lelaki lawan boring juga kan, tak gitu? :)


Secara keseluruhannya aku amat terhibur dengan F6. Jalan cerita yang ringkas tetapi menarik serta aksi-aksi lasak yang memukau membuatkan F6 antara filem yang patut ditonton tahun ini. Walaupun F6 merupakan sebuah filem aksi yang kadang-kala penuh dengan aksi-aksi yang tak masuk akal tetapi ianya penuh dengan mesej-mesej berguna serta berjaya menyelitkan nilai-nilai moral seperti kata Dom " You don’t turn your back on family. Even if they do".

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk F6. Jadi bagi yang belum berkesempatan tengok aku suggest korang cepat-cepat lah tengok dan bagi yang sudah bolehlah komen kat bawah ya. Sebarang komen amat dihargai. Ciao! :)

P/s : Tak sabar nak tonton filem Hangover 3 minggu depan. Pasti kelakar gila!

21 comments:

  1. Replies
    1. Buat masa ni belum dengar lagi yang cakap tak best :)

      Delete
  2. Ramai yang dok review best... Mak ai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua dok review best maknanya best lah tu :)

      Delete
  3. alamak... ni yg rasa nk g tgok ni.... :)

    ReplyDelete
  4. huhu... best2 nie... Firaz pun peminat fast n furious... x sabo nak tgok paul walker... hehehe thanks utk information.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ada lah menjadi kewajipan untuk share sebarang info yang ada :)

      Delete
  5. Replies
    1. Filem yang menarik. Direkemenkan agar tengok cepat-cepat kat pawagam untuk lebih kepuasan :)

      Delete
  6. gila best ni cerita..haha~ dah follow dari dulu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fast & Furious 6 antara yang terbaik dari semua Filem fast & furious yang ada :)

      Delete
  7. wlupun x minat cita2 mcm nie tp yg nie srius besttt ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best! Yang tak minat filem aksi pun boleh minat! :)

      Delete
  8. still tak dapat tgk cte nie lagi...sedih nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau still tak dapat tengok kena tunggu DVD la jawabnya. Tapi tengok kat wayang lagi best :)

      Delete
  9. aku peminat F & F ini ...F6 jalan cerita dia memang menarik !!

    ReplyDelete
  10. best...2 kali tgk kt GSC...hu3....xsbar nak tunggu sambungan...hi3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Baru dulu kali tu.Tengoklah lagi sampai pat Lima kali! Baru peminat tegar! :)

      Delete
  11. tak minat nak tengok fast and furious ni..bukan sebab ape..dah 6 movie dah keluar..macam tak habis habis..naik bosan pulak..=\

    Epic Meal Time

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/06/epic-meal-time.html

    ReplyDelete